instagram.com/azhar.great


Friday, August 26, 2011

Diari lama seorang ketua pelajar SMKSA2


assalamualaikum pembaca . saya  pernah teringat dengan pengetua lama saya , En. Borhannudin . sebelum beliau berpindah ke sekolah lain , beliau pernah memberitahu saya . " Azhar, sy nampak awak ada potensi , saya harap awak dapat belajar sungguh sungguh . bila awak keluar dari sekolah , masa depan awak terjamin , saya janji bantu awak bila awak memohon sambung belajar di oversea ..saya percaya awak boleh berjaya " . itulah kata kata terakhir beliau yang masih terngiang ngiang di benak fikiran saya . ketika saya form 2 . beliau pernah menegaskan bahawa pentingnya untuk membuat refleksi diri . kerana bila kita muhasabah diri , nilai humanistik akan bertambah kuat . 

saya kat sini na refleksi diri selama saya menjadi pelajar di SMKSA2 sejak form 1 hingga form 5 , sbg pengawas , then ketua pelajar . 

saya pernah menduduki kelas 1 bestari yang merupakan kelas ke2 di sekolah waktu itu . saya mendapat 2A2b1C dalam UPSR . namun atas dasar usaha . saya dapat berjaya . saya telah membuktikan katakata "biar kita bodoh , yang penting boleh belajar " , " kejayaan itu milik orang yang rajin , bukan orang yang pandai " . saya mendapat 8A dalam PMR . siapa sangka , saya mendapat keputusan cemerlang itu . takdir Allah mengatasi segala galanya . 

menjalani harian sbg seorang pengawas . pasa waktu itu , pengawas sangat tinggi penilaian oleh guru . saya menghadiri temuduga semasa form 1 . saya berjaya meyakinkan guru2 (puan rozilla dan puan rahamah ) , yang saya mampu menjalankan tugas dgn baik .  menjadi seorang pengawas bukanlah satu tugas yang remeh . malah tanggungjawab sangat berat . lagi lagi dengan status sekolah yang penuh dengan gangster pada waktu itu . saya pernah diugut , pernah dicabar . melalui segala halangan dan cabaran , saya menjadi seorang yang lebih kuat .

di tingkatan 2 , semua urusan sebagai wakil sekolah , cikgu serahkan kepada saya . dalam form 2 , saya pernah mewakili sekolah sebanyak 7 program . kem kem , kursus , pertandingan jejak sains dan banyak lagi . saya menjadi perhatian kebanyakan guru . sehgala pengalaman itu telah banyak mematangkan fikiran saya mengenai tanggungjawab , amanah , jujur , dan kehidupan sebagai pesaing .

di tingkatan 3 , saya masuk 3 RK . pada awal nya , RK itu merupakan tanda tanya kebanyakan pelajar , even saya punn tatahu apa itu RK . setelah bulan ke2 persekolahan . baru sy tahu . huhu . terasa rindu waktu itu . saya merupakan ketua pengawas harapan sekolah . saya selalu berdamping dengan ketua pengawas 2009 . faez rahaman . saya banyak belajar daripada beliau . saya menduduki PMR waktu itu . pada awalnya , saya hampir tertawa dgn soalan yang diberi . sangat senang . kelapan2 subjek tersebut . saya percaya , kejayaan itu ada kaitan nya dgn malam lailatulqadar yang sy dapat ..pelbagai suka duka saya berkongsi dengan kengkawan sy .

di tingkatan 4 , cabaran semakin berat . semuanya semakin berat . pernah terdetik dlm hati rasa penyesalan mengambil aliran sains . tapi tak mengapa . semuanya melalui benda yang sama . saya banyak menghabiskan waktu dengan berseronok ketika ini . 2010 .

tidak hairanlah saya bakal menjadi ketua pengawas kerana guru guru semua yakin dengan abiliti yang saya ada . saya suka dengan ayat dalam movie Spiderman yg menyatakan bahawa " great power comes great responsibilities " . saya sbg ketua pengawas mempunyai tugas yang berat dan memainkan peranan yang penting dalam organisasi sekolah . 

tingkatan 5 . saya ta pernah menyangka semua nya menjadi amat mudah ketika saya form 5 . segala kesukaran yg saya hadapi dlm pelajaran especially subjek aliran sains dapat saya handle dgn mudah . minat saya semakin bertambah terhadap subjek pure science . tetapi saya menghidapi penyakit yang berbahaya satu penyakit iaitu MALAS . 




saya mengaku , saya mmg susah na belajar di rumah . di sekolah pun saya masih kurang serius . tetapi saya mampu mengekalkan keputusan yang baik . sy akan cuba ubah sikap malas saya terhadap pelajaran . amin . 

sebagai ketua pengawas , saya lebih suka menggunakan pendekatan 'kawan kawan' terhadap anak buah saya . saya dah banyak buat ceramah kepada pengawas saya . terutamanya pengawas lelaki . saya faham mereka tidak pernah melalui segala pengalaman seperti saya dahulu . bagi saya , mereka masih lagi mentah . sungguhpun mereka itu sudah form 4 . tapi , saya akan cuba usaha lebih lagi untuk menganjakkan lagi paradigma anak-anak buah saya . terutamanya yang junior . form 1 and form 2 . saya harap saya dah menjadi ketua , abang dan kawan yang baik terhadap mereka semua . saya hanya mampu mendoakan kejayaan sekolah dan pelajar pelajar yang saya dah anggap macam adik adik saya untuk tahun depan .

ketua pengawas sesi 2011/2012 ialah nurul nawwarah . yep , pengawas perempuan . saya harap dgn bantuan Dhaniyah boon , mereka boleh menaikkan martabat sekolah tahun hadapan . segala kenangan di sekolah akan saya simpan dalam kotak memori saya . sekian  .
Harry Potter - Golden Snitch