instagram.com/azhar.great


Friday, August 26, 2011

Diari lama seorang ketua pelajar SMKSA2


assalamualaikum pembaca . saya  pernah teringat dengan pengetua lama saya , En. Borhannudin . sebelum beliau berpindah ke sekolah lain , beliau pernah memberitahu saya . " Azhar, sy nampak awak ada potensi , saya harap awak dapat belajar sungguh sungguh . bila awak keluar dari sekolah , masa depan awak terjamin , saya janji bantu awak bila awak memohon sambung belajar di oversea ..saya percaya awak boleh berjaya " . itulah kata kata terakhir beliau yang masih terngiang ngiang di benak fikiran saya . ketika saya form 2 . beliau pernah menegaskan bahawa pentingnya untuk membuat refleksi diri . kerana bila kita muhasabah diri , nilai humanistik akan bertambah kuat . 

saya kat sini na refleksi diri selama saya menjadi pelajar di SMKSA2 sejak form 1 hingga form 5 , sbg pengawas , then ketua pelajar . 

saya pernah menduduki kelas 1 bestari yang merupakan kelas ke2 di sekolah waktu itu . saya mendapat 2A2b1C dalam UPSR . namun atas dasar usaha . saya dapat berjaya . saya telah membuktikan katakata "biar kita bodoh , yang penting boleh belajar " , " kejayaan itu milik orang yang rajin , bukan orang yang pandai " . saya mendapat 8A dalam PMR . siapa sangka , saya mendapat keputusan cemerlang itu . takdir Allah mengatasi segala galanya . 

menjalani harian sbg seorang pengawas . pasa waktu itu , pengawas sangat tinggi penilaian oleh guru . saya menghadiri temuduga semasa form 1 . saya berjaya meyakinkan guru2 (puan rozilla dan puan rahamah ) , yang saya mampu menjalankan tugas dgn baik .  menjadi seorang pengawas bukanlah satu tugas yang remeh . malah tanggungjawab sangat berat . lagi lagi dengan status sekolah yang penuh dengan gangster pada waktu itu . saya pernah diugut , pernah dicabar . melalui segala halangan dan cabaran , saya menjadi seorang yang lebih kuat .

di tingkatan 2 , semua urusan sebagai wakil sekolah , cikgu serahkan kepada saya . dalam form 2 , saya pernah mewakili sekolah sebanyak 7 program . kem kem , kursus , pertandingan jejak sains dan banyak lagi . saya menjadi perhatian kebanyakan guru . sehgala pengalaman itu telah banyak mematangkan fikiran saya mengenai tanggungjawab , amanah , jujur , dan kehidupan sebagai pesaing .

di tingkatan 3 , saya masuk 3 RK . pada awal nya , RK itu merupakan tanda tanya kebanyakan pelajar , even saya punn tatahu apa itu RK . setelah bulan ke2 persekolahan . baru sy tahu . huhu . terasa rindu waktu itu . saya merupakan ketua pengawas harapan sekolah . saya selalu berdamping dengan ketua pengawas 2009 . faez rahaman . saya banyak belajar daripada beliau . saya menduduki PMR waktu itu . pada awalnya , saya hampir tertawa dgn soalan yang diberi . sangat senang . kelapan2 subjek tersebut . saya percaya , kejayaan itu ada kaitan nya dgn malam lailatulqadar yang sy dapat ..pelbagai suka duka saya berkongsi dengan kengkawan sy .

di tingkatan 4 , cabaran semakin berat . semuanya semakin berat . pernah terdetik dlm hati rasa penyesalan mengambil aliran sains . tapi tak mengapa . semuanya melalui benda yang sama . saya banyak menghabiskan waktu dengan berseronok ketika ini . 2010 .

tidak hairanlah saya bakal menjadi ketua pengawas kerana guru guru semua yakin dengan abiliti yang saya ada . saya suka dengan ayat dalam movie Spiderman yg menyatakan bahawa " great power comes great responsibilities " . saya sbg ketua pengawas mempunyai tugas yang berat dan memainkan peranan yang penting dalam organisasi sekolah . 

tingkatan 5 . saya ta pernah menyangka semua nya menjadi amat mudah ketika saya form 5 . segala kesukaran yg saya hadapi dlm pelajaran especially subjek aliran sains dapat saya handle dgn mudah . minat saya semakin bertambah terhadap subjek pure science . tetapi saya menghidapi penyakit yang berbahaya satu penyakit iaitu MALAS . 




saya mengaku , saya mmg susah na belajar di rumah . di sekolah pun saya masih kurang serius . tetapi saya mampu mengekalkan keputusan yang baik . sy akan cuba ubah sikap malas saya terhadap pelajaran . amin . 

sebagai ketua pengawas , saya lebih suka menggunakan pendekatan 'kawan kawan' terhadap anak buah saya . saya dah banyak buat ceramah kepada pengawas saya . terutamanya pengawas lelaki . saya faham mereka tidak pernah melalui segala pengalaman seperti saya dahulu . bagi saya , mereka masih lagi mentah . sungguhpun mereka itu sudah form 4 . tapi , saya akan cuba usaha lebih lagi untuk menganjakkan lagi paradigma anak-anak buah saya . terutamanya yang junior . form 1 and form 2 . saya harap saya dah menjadi ketua , abang dan kawan yang baik terhadap mereka semua . saya hanya mampu mendoakan kejayaan sekolah dan pelajar pelajar yang saya dah anggap macam adik adik saya untuk tahun depan .

ketua pengawas sesi 2011/2012 ialah nurul nawwarah . yep , pengawas perempuan . saya harap dgn bantuan Dhaniyah boon , mereka boleh menaikkan martabat sekolah tahun hadapan . segala kenangan di sekolah akan saya simpan dalam kotak memori saya . sekian  .

Monday, August 22, 2011

continued those uncontinued

                                assalamualaikum~ :) heyy heyy korang , sehat ? macam mana hari ni ? puas ? hee . sorryy sebab ta habes cerita yang lepas . orang na exam laa . baru tadi habes exam bahasa melayu pra percubaan . huh , rugi ta baca buku , soalan senang senang pasal komsas .  nyway , aku baru dapat result exam Additional Mathematics dan Mathematics . 2 subjek yang macam same , tapi jauh perbezaan dia . Result ? haha , cuma boleh kata bersyukur laa tak gagal . hee . 43% for addmath and 83% for math . okeylaa jugak . ada chance untuk aku tingkatkan lagi . dahlaa na TRIAL . huhu . "Ya Allah , permudahkanlah Azhar Mohd Jusuh menjawab exam tahun neyy dengan tenang dan permudahkanlah dia untuk berjaya." hee . thanks sebab doakan eah . orang kate aku ni bole relaxx sebab dah pandai . perghh . padahal , keghalibannya taww . banyak lagi aku kena revise tapi macam macam dugaan yang menghalang aku belajar . huu~ aigoo~ . 

                            ANYWAY. tajuk aku macam pelik kan . haha . bukan ape , aku na sambung balek tentang post sebelum neyy sebenarnyaa . okey , masalah CINTA memang tak bole na dipisahkan dalam kehidupan remaja . engkau ke , aku ke , sesape ke mesti ade masalah . huhu . contoh ? okey ,  kau sayang dia tapi tak berani na cakap kat dia directly yang kau minat kat dia . okay , here's a piece of advice , mula mula member member lah dahuluu :) gunalah saya awak , cuba berbudi bahasa siket dengan dia . haha . and cari topik perbualan dengan dia . topic kalau boleh yang ade kaitan dengan minat korang berdua . and act secara naturally . tapayaaah na berlagak baik sangat depan dia lahh . kengkadang dia ade rase ta selesa kalau korang belagak suci sangat . hahah . yelaa . kita kena jujur kan . baru dia mudah memahami hati kita . okey , bagaimana pula kalau ade orang suka kat kita ? tapi kita takleh na terima dia atas sebab tertentu . hmm . kengkadang , orang yang sukakan kita ni nekad untuk melakukan apa apa saje demi dapatkan kita . huhu serammm neyy  . papepun , kita kena berlindung dengan rakan rakan , sebab dioranglah adek badek kite kat luar rumah . cuba elakkan berbual dgn orang tuh kalau korang rase tak selesa dengan dia . and cube ah cube untuk jujur katakan awak tolak dia dan hanya menganggap dia sebagai kawan . lama lama mesti dia terima . things are better in time if we leave it behind . 

                               sebagai penghias bicara akhir , korang cubalah memperbaiki hubungan korang dengan orang tuh . harap harap keredhaan ALLAH S.W.Tsentiasa bersama korang . aminn~ okay aku pergi duluu . na buka puase . hehe . SELAMAT BERBUKA PUASA YEAH ;) byebye~

                          

Sunday, August 21, 2011

Jom relaks relakskan diri~

                        heyy heyy , hari ni aku na ajar korang satu perkara , cara na muhasabah diri :) , semua orang perlukan masa untuk bermuhasabah diri , membuat refleksi mengenai segala yang pernah dilakukan seharian . adakah ia cukup ? adakah segala perkara korang buat mendorong kejayaan korangsama ade kejayaan kecil atau besar  . contohnya makan . yup , ia sangat membina . bila korang makan , segala nutrient tuh serap dalam badan kita . tapi , kalau kita pernah buat salah dekat orang macam mane ?

                     yeah , memang diakui , semua orang buat salah . dan kengkadang meminta maaf itu sangat berat untuk seseorang . walaupun kita rase tak salah . semua orang ada ego tersendiri , na mempertahankan kepentingan diri . kalau dah macam tuh , bagi orang yang dah buat salah , cuba berdoa banyak banyak supaya orang tuh dilembutkan hatinya oleh Allah S.W.T . lepas tuh , cubalah mohon maaf . kalau tak diterima . biarlah dia . yang penting korang dah ikhlas minta maaf . kan kan kan ? . haa~ bagi orang yang tak bersalah , mesti korang fikir "haiss , bukan salah aku , yang dia na emo emo ni apesal , grr~ " 1st thing is , cuba minta pendapat kawan korang . kawan korang mesti boleh tolong mudahkan fikiran korang . lagipun , kadang kadang orang yg tgh marah tu dia saje menggedik . terok kan ? aigoo~ .

                  Seterusnya , bila kita rase bosan gilaa . ape yang korang fikir ? duduk diam ? tidur ? online ? . haha . sebenarnya banyak lagi benda yang korang boleh buat . cuma fikiran tuh malas sangat na berfikir . ape kata korang bace buku ? halah , ta semestinya buku soh korang belajar . bukann~ . amek laa bahan bacaan mcm komik ke , majalah REMAJA haha . barulaa hati ade rase syokk . hee . atau pun korang bole berzikir , selawat . bukannya orang soh paksa wat tahlil . tidak . korang sebutlaa dalam hati . nanti hati jadi sejukk taww . haa~ . haha . banyak lagi , contoh , korang dgr laguu sambil fikir masa hadapan korang macam mane .  ape plan korang bila dah habis sekolah . automatically , korang akan ada matlamat . wawasan . hala tuju . at least dah ade perancangan yang baik .

                  lagi , bila diri tuh dah ada rase insaf dengan masa hadapan yang na dituju , pergilah belajar~ . belajar ape ? study subjek korang kat sekolah laa . kan na berjaya dalam hidup . kenalah usaha sekarang . haha . bukan sahaja study subjek . banyak lagi korang boleh belajar . cuba belajar sesuatu kemahiran . kalau lelaki , ade yang suka belajar pasal motor bukalah blog macam nih http://duniamoto.com ke  . perempuan pulak ? takkan na belajar same kott ? takkan , mestilaa belajar hias rumah , decorate lah siket siket rumah tuhh . haha , belajar memasak resepi yang mudah and simple macam yang neyy http://www.ciktom.com . hehe . ape ape pon , cuba belajar SOMETHING NEW yang fresh or seronok . jadikanlah sebagai hobi .

               ni subtajuk yang paling hangat diperkatakan , that is CINTA  . haha :D , memang tak leh dielakkan . masalah no. 1 dalam kehidupan REMAJA  macam kita neyy . adehh . orang tua kata , bercita cita dulu baru bercinta . haha . semua ada hak untuk bercinta . kengkadang cinta tuh datang tanpa diundang , disedari . macam saya . hadehh . ta sangka perempuan selama ni aku cari ada di hadapan aku kat sekolah setiap hari . huhu . bukannya senang jadi aku . ramai orang suka . tapi ta seorang punn aku layann . cuma segelintir . itupun sebab diorang berani sangat depan aku . huhu .. nyway , aku kena berhenti , maaflah tak habes . aku akan sambung ASAP okey~ byee and kejap ! jangan lupe komen yeah . haha :D

Saturday, August 20, 2011

kata kata cinta


hai :) , sekarang aku na kongsi tentang koleksi kata-kata CINTA . maklumlaa , orang tgh hangat bercinta laa katekann . nampak dunia ni semuanya indah indah belaka . Tapi ingat take your heart also your thought before you love somebody , or else you will ended dramatically~ .. miracle is everywhere outside , find one and keep hold on to it ;)




                                                                                                                           Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi,/div> Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.



Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.


Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !


Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka


Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya


Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

hai hai hai !

assalamualaikum ! hello ! wassup ! annyeong~ bonjour~ ape lagi eah ? ah , papelaa ! thanks sebab tengok blog saya . DAMN NEW FACELIFT ! hee~ thanks to acab coz bagi aku hint paleng berguna :D . Nyway , orang dah lame ta update blog neyy , serious doe . huhu . tetibe hati terpanggel na sambung kerja kerja blogging neyy ;) hee . papepun enjoyy ! life is too sweet to let go ;) lagipunn dah nak exam SPM ni . huh . Doakan saya eah ? " Ya Allah , permudahkanlah Azhar Mohd Jusuh jawab exam " . hee~ thankss . chiaoo~
Harry Potter - Golden Snitch